Kertas siasatan penuntut UPNM dipijak senior akan dirujuk TPR

Kertas siasatan penuntut UPNM dipijak senior akan dirujuk TPR

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata kertas siasatan kes itu sedang dilengkapkan.

Rusdi Mohd Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata 13 individu sudah diambil keterangan setakat ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kertas siasatan seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) didakwa dipijak senior bulan lalu akan dirujuk timbalan pendakwa raya (TPR) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata kertas siasatan kes itu sedang dilengkapkan.

“Setakat ini, 13 individu diambil keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada TPR,” katanya menurut Berita Harian.

Terdahulu, seorang penuntut UPNM berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan tulang rusuk dan belakang dipercayai dipijak seniornya pada 21 Okt lalu.

Keterangan penuntut tahun tiga UPNM yang didakwa memijak mangsa itu sudah diambil di IPD Cheras susulan laporan bapa mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.