Kerajaan sasar REE diproses dalam negara menjelang 2027, kata Rafizi

Kerajaan sasar REE diproses dalam negara menjelang 2027, kata Rafizi

Menteri ekonomi berkata teknologi memproses REE hanya terdapat di China dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu sedang dilaksanakan.

Rafizi Ramli berkata, jika unsur nadir bumi (REE) dapat diproses ia memudahkan negeri kawal selia dan melesenkan perlombongan. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Kerajaan menyasarkan unsur nadir bumi (REE) akan dapat diproses dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ini berikutan teknologi memproses REE hanya terdapat di China dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu sedang dilaksanakan.

Ahli Parlimen Pandan itu, berkata perkara ini menjadi agenda perbincangan diantara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang.

“Oleh itu kita tunggu hasil perbincangannya dan perancangan kami agar dalam tempoh dua hingga tiga tahun daripada sekarang, kita harus berjaya pastikan REE dapat diproses dalam negara.

“Sekiranya ia dapat diproses, ia memudahkan negeri untuk mengawal selia dan melesenkan perlombongan mereka untuk pembangunan REE,” katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13, (RMK-13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim.

Rafizi berkata, kerajaan juga berbincang untuk mendapatkan teknologi memproses REE dan ia tidak boleh mengambil masa yang lama kerana ia akan memberi tekanan kepada kerajaan negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.