
Penggantinya Ng Sze Han berkata menteri digital itu sudah memberikan kenyataan yang beliau akan terus berdiri di belakang parti dengan memberi nasihat selain sokongan kepada pimpinan baharu DAP Selangor.
“Saya rasa ini bukan masalah dan kami mempunyai sangat rapat dengannya serta telah bersama dengannya dah lama.
“Tiada istilah kecil hati (di bahagian Gobind),” katanya ditemui selepas majlis pelancaran e-panggilan terbaru, GV Ride.
Pada pemilihan minggu lalu, Gobind yang mengetuai DAP Selangor sejak 2018 gagal meletakkan dirinya dalam senarai 15 ahli jawatankuasa apabila berkedudukan di tangga ke-16 selepas menerima 675 undi.
Ng yang juga exco Selangor berkata, pihaknya akan berbincang untuk menentukan peranan boleh diberikan kepada Ahli Parlimen Damansara itu mengambil kira sumbangan besar dalam parti.
Gobind dipetik berkata beliau menerima keputusan itu dan menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan jawatankuasa tertinggi parti yang baru dipilih.