
Tetapi katanya, beliau sudah mengarahkan dua pegawai kanannya menemui peguam mewakili individu terbabit bagi membincangkan perkara itu secara sulit.
“Ini kerana kita hormati profesion peguam yang mewakili anak guam terbabit.
“Namun, mereka telah pergi ke media dan timbul pelbagai cerita dan saya tak nak komen mengenai perkara itu,” katanya menurut Sinar Harian selepas Program Menembak SPRM Bersama Media 2024 di Lapang Sasar Maktab Penjara, Kajang.
Sebelum ini, pemberi maklumat dilapor memberikan lapan video kepada Malaysiakini mengaitkan seorang ahli perniagaan dengan beberapa Adun didakwa membincangkan rasuah ratusan ribu ringgit untuk mereka sebagai balasan mendapatkan projek di sebuah negeri.
Susulan itu, Azam dilapor mengesahkan seorang pemberi maklumat dalam video itu sudah menemui pegawai SPRM pada 30 Okt lalu.
Ketika pertemuan itu, peguam kepada pemberi maklumat itu hanya memainkan rakaman audio 17 saat, di mana beberapa individu didengar membincangkan perkara membabitkan wang.
Azam kemudian menggesa pemberi maklumat itu membuat laporan kepada SPRM untuk mendapat perlindungan bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Selasa lalu, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor berkata beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan dan meminta SPRM menyiasat dakwaan rasuah itu.