
Majlis penyerahan insentif di bawah Junior Superhero Simpan SSPN itu, antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Hari Tabungan Sedunia.
Sumbangan yang keseluruhannya bernilai RM5,000 itu disampaikan Pengerusi PTPTN Norliza Abdul Rahim kepada ibu bayi-bayi terbabit.
Hadir sama, Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengarah Hospital Pulau Pinang Dr Goh Hin Kwang dan Pengarah PTPTN Pulau Pinang Muhammad Muhsin Abdul Rahman.
Norliza berkata program itu bertujuan menanam budaya menabung dan kesedaran mengenai kepentingan penabungan serta perancangan
kewangan sejak kanak-kanak.
“Dengan membuat simpanan dalam Simpan SSPN, akses kepada pendidikan tinggi anak-anak akan lebih terjamin dan tidak perlu lagi menanggung beban hutang pinjaman tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Simpan SSPN adalah produk simpanan PTPTN menawarkan pelbagai manfaat antaranya pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun dan perlindungan takaful ke atas pendeposit.
Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.
Pembukaan akaun atau penambahan simpanan boleh dibuat dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.