3 lemas dihanyut arus deras di Sg Kampar

3 lemas dihanyut arus deras di Sg Kampar

Mangsa-mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ketika melakukan kegiatan 'water rafting', menurut bomba.

Seorang mangsa lelaki dan wanita dinaikkan ke tebing sungai oleh orang awam di Rock Garden dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. (Gambar Facebook)
GOPENG:
Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan lemas di Sungai Kampar selepas dibawa arus deras akibat hujan lebat ketika melakukan kegiatan ‘water rafting’ petang tadi.

Pengarah Bomba Perak Sayani Saidon berkata, seorang mangsa lelaki dan wanita dinaikkan ke tebing sungai oleh orang awam di Rock Garden dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi mangsa ditemukan di River Bug Gopeng dan turut disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

“Difahamkan ketiga-tiga mangsa sedang mengikuti program ‘team building yang diadakan di lokasi tersebut.”

Sayani berkata, terdapat 22 peserta daripada Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang dan Langkawi serta enam pemandu peserta yang turun ke sungai bermula 3.30 petang tadi.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.56 petang sebelum 10 anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi mangsa ditemukan, iaitu di Jalan Kampung Pintu Padang Rock Garden Camping Gopeng dan River Park Gopeng.

“Mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.