TikTok teliti isu buli siber, scam, fitnah di Malaysia, kata Anwar

TikTok teliti isu buli siber, scam, fitnah di Malaysia, kata Anwar

Perdana menteri berkata jaminan itu diberikan ketika pertemuan dengan CEO media sosial itu ketika lawatan rasmi beliau di Peru.

Tiktok
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata TikTok juga mahu menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Bank Negara bagi menangani isu itu. (Gambar AP)

LIMA (Peru): Platform media sosial TikTok memberi jaminan akan melihat permasalahan seperti buli siber dan ancaman scam selain menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Bank Negara (BNM) bagi menangani isu itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibangkitkan semasa beliau bertemu dengan delegasi TikTok yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew di sini.

“Dalam pertemuan ini, saya bangkitkan beberapa perkara antaranya pelaksanaan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet mulai 1 Jan tahun depan.”

“Saya juga menyentuh isu seperti buli siber, ancaman scam serta budaya fitnah yang berleluasa di Malaysia menerusi TikTok,” katanya.

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata turut dibincangkan ialah kerjasama antara kerajaan Madani dan TikTok di Malaysia.

“… dan mereka memberi perakuan (akan) melanjutkan pelaburan secara besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata TikTok juga komited menyokong segala usaha Malaysia sebagai pengerusi Asean 2025.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.