4 lagi akan dipanggil bantu siasatan kes FashionValet

4 lagi akan dipanggil bantu siasatan kes FashionValet

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya akan cuba melengkapkan siasatan itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata 14 orang sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan ke atas aliran tunai diterima pengasas FashionValet. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan empat lagi individu bagi membantu siasatan ke atas aliran tunai diterima pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya akan cuba melengkapkan siasatan itu dalam tempoh dua minggu lagi.

“Siasatan masih diteruskan di mana setakat ini 14 orang sudah dirakam percakapan. Jangkaan ada empat lagi percakapan,” katanya menurut Astro Awani.

Semalam, proses rakaman percakapan Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar oleh SPRM memasuki hari keenam.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat 28 Okt lalu memaklumkan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners tahun lalu berbanding pelaburan RM47 juta pada 2018.

Susulan itu, SPRM dilaporkan mengesan beberapa transaksi akaun mencurigakan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta oleh Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.