
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata suspek berusia 53 tahun yang juga penganggur tiada rekod jenayah lampau, dan status kesihatannya masih dalam pemeriksaan hospital.
“Suspek sendiri yang membuat panggilan polis bagi menyerah diri dan tindakan suspek serah diri kepada polis masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Rusdi berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Nov.
Semalam, media melaporkan polis menemukan mayat seorang wanita di dalam peti sejuk selepas anak lelakinya yang mengalami masalah kesihatan membuat laporan.
Lelaki itu dilaporkan memberitahu polis dia membunuh ibunya pada 2021 sebelum menyimpannya dalam peti sejuk beku.