
Syarikat pegangan pelaburan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan itu turut menyediakan bimbingan latihan menerusi skim Successful Woman Entreprenuership Engagement Talent (SWEET) terbabit.
Usahawan Afizah Hamdan menjadi francaisi Seoul Garden Korbi Grill di cawangan terbabit iaitu salah sebuah francais di bawah jenama Seoul Garden dimiliki Zingapore Grill Private Limited.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah, berkata pihaknya mengalu-alukan lebih ramai usahawan untuk menyertai BOYB yang menyediakan pelbagai bentuk bantuan.
“Usahawan bukan sahaja menerima bantuan pembiayaan malah latihan mengenai francais secara komprehensif melalui Franchise Institute dimiliki PERNAS serta pantauan selama enam bulan yang pertama.
“Ini bagi memastikan bakal usahawan menjalankan perniagaan mereka dengan baik,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Francais Zingapore Grill Private Limited Wan Khairul Annuar Wan Zainal berkata mereka menyasarkan melebarkan sayap pada tahun depan menerusi pembukaan 15 cawangan.
Menurutnya, ia termasuk empat cawangan Seoul Garden Buffet, dua Seoul Garden Hotpot dan sembilan Seoul Garden Korbi Grill.
“Pembukaan cawangan jenama ini tidak terhad secara agresif di dalam negara, malah kami juga telah menembusi pasaran Asia Tenggara seperti Brunei, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Singapura.
“Usaha menambah jumlah cawangan di negara ini turut disokong PERNAS dengan bantuan pembiayaan dan latihan kepada francaisi,” katanya.