Kajian kebolehlaksanaan Kereta Api Trans Borneo ambil masa setahun

Kajian kebolehlaksanaan Kereta Api Trans Borneo ambil masa setahun

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Jerip Susil berkata kajian yang dibiayai kerajaan persekutuan kini dalam proses melantik perunding.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Jerip Susil berkata model kewangan projek Kereta Api Trans Borneo akan ditentukan sebaik sahaja kajian kebolehlaksanaan selesai. (Gambar Facebook)
KUCHING:
Kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan projek Kereta Api Trans Borneo dijangka siap dalam tempoh setahun.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Jerip Susil berkata kajian itu yang dibiayai kerajaan persekutuan kini dalam proses melantik perunding oleh Kementerian Pengangkutan.

Beliau berkata perunding berkenaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk menilai dan menentukan model kereta api yang dicadangkan dilaksanakan di Sarawak dan Sabah.

Skop kajian itu katanya, merangkumi bidang teknikal, komersial, sosioekonomi dan pembiayaan projek.

“Model kewangan Kereta Api Trans Borneo yang merupakan sebahagian daripada skop kajian kebolehlaksanaan akan ditentukan sebaik sahaja kajian itu selesai,” katanya pada persidangan DUN Sarawak.

Jerip berkata demikian bagi menjawab soalan Baru Bian (GPS-Ba’kelalan) yang ingin tahu sekiranya kerajaan Sarawak terlibat dalam perbincangan berhubung cadangan projek kereta api itu, dan sama ada Sarawak bersedia untuk meneruskan pembinaan jika kerajaan persekutuan menolak untuk membiayai projek berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.