Mayat wanita dalam peti sejuk, seorang lelaki ditahan

Mayat wanita dalam peti sejuk, seorang lelaki ditahan

Rusdi Mohd Isa berkata mayat mangsa dihantar e Pusat Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat.

handcuff
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat seorang wanita dalam peti sejuk di sebuah rumah di Taman OUG dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan pada 8.48 pagi sebelum lelaki warga tempatan berusia 53 tahun itu ditahan.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi talian utama Polis Kuala Lumpur 03-2115999 atau talian utama Polis Brickfields 03-22979222 atau balai polis berhampiran,” katanya menurut Bernama.

Terdahulu, media melaporkan mayat seorang wanita berusia 80-an dipercayai dibunuh anaknya tiga tahun lalu ditemukan disimpan di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG.

Polis menemukan mayat warga emas itu susulan laporan oleh anak lelakinya yang mengalami masalah kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.