Ketua polis Johor nafi bersara

Ketua polis Johor nafi bersara

M Kumar berkata video tular di TikTok berkaitan persaraannya tidak benar.

M Kumar
Ketua Polis Johor M Kumar mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Ketua Polis Johor M Kumar menafikan akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial.

Beliau berkata penyebaran berita palsu itu sesuatu yang serius dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam menyebarkan maklumat tidak benar mengikut penguatkuasaan undang-undang.

Kumar berkata video tular di TikTok berkaitan persaraannya adalah tidak benar serta tidak berasas, kerana beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu terjaga.

“Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan polis hanya diumumkan melalui saluran rasmi agensi itu.

Terdahulu, tular video memaparkan Kumar menghadiri majlis bagi meraikan pesara dan bakal pesara di sebuah IPD, di negeri Johor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.