6 kawasan di Sabah terputus bekalan elektrik

6 kawasan di Sabah terputus bekalan elektrik

Kawasan terlibat adalah Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan.

sandakan
Sabah Electricity giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan terjejas. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Beberapa kawasan di timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.

Sabah Electricity berkata, gangguan itu melibatkan Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan.

“Pihak Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha bagi memulihkan bekalan elektrik di kawasan terjejas ini.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda,” katanya di Facebook.

Kenyataan itu tidak memaklumkan punca gangguan berlaku.

Katanya, kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.