
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Nik Ros Azhan Ab Hamid, berkata seluar itu ditemui dalam Naza Citra dipandu seorang lelaki di pangkalan haram Pok Mat, Rantau Panjang pada 6.30 petang.
Beliau berkata, warga tempatan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ditahan di kawasan berhampiran.
“Hasil pemeriksaan menemui beberapa bungkusan mengandungi 129 helai seluar jeans dalam kenderaan itu tanpa dokumen sah.
“Suspek dan semua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha mengekang kegiatan penyeludupan berleluasa di sempadan negara.