SPRM sambung ambil keterangan Vivy, Fadzaruddin

SPRM sambung ambil keterangan Vivy, Fadzaruddin

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pasangan itu disambung rakaman percakapan mereka hari ini.

vivy yusof n fadza
Pasangan usahawan, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar diambil keterangan berhubung siasatan berkaitan kerugian pelaburan dalam platform e-dagang, FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), membabitkan dana awam.(Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Proses mengambil keterangan pasangan usahawan terkenal, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, bersambung hari ini.

Harian Metro yang memetik sumber berkata, pasangan itu diambil keterangan bermula 10 pagi.

“Semalam mereka selesai dirakam percakapan 10.30 malam dan ia akan disambung bagi ini bagi membantu siasatan.

“Proses rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

Tambah sumber, kedua-duanya dirakam percakapan selama lapan jam semalam.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pasangan itu disambung rakaman percakapan mereka hari ini.

Sebelum itu dilaporkan, Vivy dan Fadzaruddin dirakam percakapan berhubung siasatan berkaitan kerugian pelaburan dalam platform e-dagang, FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), membabitkan dana awam.

Pasangan itu antara enam individu dirakam percakapan selepas serbuan ke atas empat lokasi, termasuk sebuah kementerian.

SPRM mengambil beberapa dokumen di Kementerian Kewangan, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan FashionValet untuk dikaji serta disemak berhubung siasatan kerugian RM43.9 juta daripada pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.