
Ketua Polis Keningau Yampil Garai berkata pihaknya menerima laporan satu video tular mengenai kejadian itu semalam dan mendapati ia berlaku di sebuah bengkel Kampung Patikang, Keningau.
Katanya, susulan laporan itu sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Keningau berjaya menahan suspek pada jam 10.30 malam tadi dan merampas batang besi yang digunakan.
“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana salah guna rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan.