2 maut SUV rempuh tembok plaza tol Sungai Besi

2 maut SUV rempuh tembok plaza tol Sungai Besi

Bomba berkata mangsa yang menaiki SUV jenis Honda CR-V maut akibat tersepit dalam kenderaan tersebut.

Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam sebuah kenderaan yang merempuh tembok pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, PLUS pada awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh tembok pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Seremban pada awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.42 pagi.

Mukhlis berkata, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V yang dinaiki dua lelaki berusia 65 tahun.

“Akibat kemalangan itu, dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan tersebut. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah berjaya dilakukan oleh anggota bomba.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.