Kereta jatuh runtuhan tebing di Pandan Indah

Kereta jatuh runtuhan tebing di Pandan Indah

Polis berkata kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Keadaan kereta Proton Saga yang terjatuh kedalam runtuhan tebing akibat kejadian tanah runtuh di Pandan Indah pagi tadi. (Gambar JBPM)
KUALA LUMPUR:
Sebuah kereta jenis Proton Saga terjatuh ke dalam runtuhan tebing akibat kejadian tanah runtuh di Lembah Maju, Pandan Indah dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.35 pagi dan mendapati lokasi kejadian merupakan kawasan parkir awam yang bersebelahan dengan longkang besar.

“Terdapat sebuah kereta Proton Saga yang diparkir terjatuh ke dalam runtuhan tebing dan pemilik kenderaan sudah dimaklumkan mengenai kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Azam berkata, pihak berkuasa sedang menunggu analisa pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Setakat 10 pagi ini, kenderaan terbabit masih berada di dalam tebing berkenaan dan usaha mengeluarkannya sedang dijalankan pihak berkuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.