
Ketua Polis Muar Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pengadu berusia 50 tahun membuat laporan kehilangan mangsa semalam, sekitar 3.25 petang.
“Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan pemegang kad OKU kategori autisme (hyperactive). Pengadu menyatakan anak lelakinya sering keluar rumah tanpa pengetahuan.
“Pada 4 Nov, lebih kurang 7.30 pagi telah membawa penemuan mayat di Jeti Marina Bay. Hasil pemeriksaan menunjukkan persamaan dari pakaian terakhir dipakai kanak-kanak yang dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar bagi tujuan pengecaman dan bedah siasat.
Kes Kematian setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh terus menghubungi pegawai penyiasat, Suhaimi Ahmad di talian 013-3975290, Hotline IPD Muar 06-9566001, atau mana-mana balai polis berhampiran.