Penyeludup lari tinggalkan 25kg pil yaba RM3.24 juta

Penyeludup lari tinggalkan 25kg pil yaba RM3.24 juta

Komander Briged Tenggara PGA berkata bekalan dadah itu dipercayai baru diseludup dari Thailand.

Pasukan Gerakan Am menemui 216,000 biji pil yaba dalam kotak yang ditinggalkan dua lelaki di Kampung Laut, Tumpat kelmarin. (Gambar PGA)
PETALING JAYA:
Sebanyak 216,000 biji pil dipercayai yaba yang dianggarkan bernilai RM3.24 juta dirampas di Kampung Laut, Tumpat kelmarin.

Rampasan dilakukan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Sky, selepas mengesan dua lelaki mencurigakan di tepi sungai pada 10 malam Jumaat.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata dua lelaki itu melarikan diri dan meninggalkan beberapa kotak.

“Pemeriksaan mendapati 216,000 biji atau 25kg pil yaba dalam kotak berkenaan dengan anggaran nilai RM3.24 juta.

“Bekalan dadah itu dipercayai baru diseludup dari Thailand,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, barang rampasan itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.