Kertas siasatan budak jatuh tingkat 12 kondo akan dirujuk TPR

Kertas siasatan budak jatuh tingkat 12 kondo akan dirujuk TPR

Polis berkata mangsa sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi sebuah hospital swasta ke wad kanak-kanak.

Lee Swee Sake
Pemangku Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake berkata nenek mangsa yang ditahan pada hari kejadian sudah dilepaskan dengan jaminan polis. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kertas siasatan seorang kanak-kanak lelaki empat tahun terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor, Selasa lalu akan dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya (TPR).

Pemangku Ketua Polis Timur Laut, Lee Swee Sake, berkata keterangan nenek mangsa sudah diambil.

“Nenek mangsa yang ditahan pada hari kejadian sudah dilepas dengan jaminan polis,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta ke wad kanak-kanak.

Tetapi, menurutnya, polis belum menerima laporan perubatan mangsa dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak itu parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama dan nenek mangsa berusia 63 tahun menemuinya di bumbung konkrit tingkat tujuh kondominium itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.