BN gerak solo PRN Sabah jika tiada kesepakatan, kata Bung

BN gerak solo PRN Sabah jika tiada kesepakatan, kata Bung

Pengerusi BN Sabah berkata tindakan itu diambil jika tiada kesepakatan kerjasama dicapai dengan parti lain.

Bung Moktar Radin berkata BN dan Umno Sabah tidak gentar dan sudah mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihan raya.
KUNAK:
Barisan Nasional (BN) Sabah sedia bergerak solo pada PRN akan datang, kata Bung Moktar Radin.

Pengerusi BN Sabah berkata, tindakan itu akan diambil jika tiada kesepakatan kerjasama dicapai dengan parti lain.

“Pengerusi BN Zahid Hamidi memaklumkan bahawa BN dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamadkan kerjasama, termasuk kemungkinan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menghadapi PRN yang dijangka berlangsung selewat-lewatnya tahun depan.

“Namun, beberapa kenyataan daripada parti tempatan dan pemimpin tertentu di negeri ini membayangkan mereka juga mungkin bergerak solo dalam PRN akan datang,” kata ketua Umno Sabah dalam kenyataan.

Bung berkata, jika mereka memilih bergerak solo, BN dan Umno Sabah tidak akan menghalang.

“Sebaliknya, saya mengajak semua parti yang ingin bertanding secara solo agar bersiap sedia untuk menghadapi tentangan sengit daripada kami,” katanya.

Beliau berkata, BN dan Umno Sabah juga tidak gentar dan sudah mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.