
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata percakapan individu itu diambil di IPD Cheras hari ini.
“Polis akan memanggil saksi yang juga rakan sebilik pada petang ini. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya menurut Harian Metro.
Terdahulu, akhbar itu melaporkan mangsa diminta menggosok baju seniornya sebelum ditekap seterika dalam kejadian 11.45 malam 22 Okt lalu di bilik asrama UPNM.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan selepas mangsa berusia 20 tahun membuat laporan pada 8.23 malam Jumaat.
Ketika kejadian, katanya, beberapa senior turut berada dalam bilik asrama berkenaan.