
Anwar berkata, arahan tegas itu selaras dengan keputusan beliau sebelum ini agar Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik.
“(Ia juga bagi) memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing,” kata Anwar, yang juga pengerusi Khazanah di platform media sosial, X.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan dialami Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FV.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lepas, Kementerian Kewangan memaklumkan Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen FV kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners, pada 2023.
Pada 2018, Khazanah dan PNB masing-masing melabur RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FV.