10 bahagian Bersatu digantung, tangguh bersidang, kata JPP

10 bahagian Bersatu digantung, tangguh bersidang, kata JPP

Pengerusi Abdul Azim Mohd Zabidi berkata notis pemberitahuan penggantungan bahagian itu diterima menerusi surat bertarikh 31 Okt.

Abdul Azim Mohd Zabidi
Pengerusi JPP Abdul Azim Mohd Zabidi berkata penggantungan 10 bahagian Bersatu itu bukan di bawah bidang kuasa jawatankuasa itu.
PETALING JAYA:
Jawatankuasa pemilihan Bersatu (JPP) mengesahkan sebanyak 10 bahagian jawatankuasa digantung dan tidak boleh bersidang dalam pemilihan parti esok.

Bercakap kepada FMT, Pengerusi Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ini termasuk Bahagian Hulu Langat dan Kota Melaka yang beliau sahkan menerima notis pemberitahuan menerusi surat bertarikh 31 Okt.

“Sudah menerima surat tapi penggantungan bukan bawah bidang kuasa JPP,” katanya.

Lain-lain termasuk Bahagian Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong dan Cameron Highlands.

Keadaan itu menyebabkan ahli di 10 bahagian itu tidak boleh mengundi bagi memilih tiga naib presiden dan 20 majlis pimpinan tertinggi (MPT).

Terdahulu, tular notis pemakluman penggantungan membabitkan Bahagian Hulu Langat dan Kota Melaka yang diserah kepada JPP.

Menerusi notis tersebut, difahamkan persidangan bahagian terbabit ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu, sumber memberitahu FMT Bersatu Kota Melaka digantung susulan aduan mendakwa laporan palsu dihantar berhubung persidangan cawangan-cawangan dan juga keahlian.

“Ada beberapa aduan dihantar dan siasatan pusat mendapati wujud kesalahan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.