
Memetik kenyataan syarikat minyak dan gas negara, perbincangan yang berterusan itu bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan serta objektif semua pihak di samping memelihara pengaturan kontrak sedia ada.
Perbincangan itu juga bertujuan bagi memastikan komitmen kepada pelabur dan pelanggan terus dipenuhi, lapor Bernama.
Sebelum ini, Premier Sarawak Abang Johari Openg dilapor berkata perbincangan antara Petronas dan Petros mengenai pengagihan gas asli di negeri itu dijangka selesai tidak lama lagi.
Menurut Borneo Post, rundingan antara Sarawak dan Petronas itu kini ‘hanya sekadar melibatkan pengaturan teknikal’, katanya.
Abang Johari juga berkata isu itu tidak perlu diselesaikan menerusi timbang tara, dan memaklumkan Sarawak beroperasi bawah dua undang-undang dalam isu pengagihan gas asli, iaitu Akta Kemajuan Petroleum dan Ordinan Perlombongan Minyak.