Lelaki didakwa seks luar tabii, amang seksual anak kekasih

Lelaki didakwa seks luar tabii, amang seksual anak kekasih

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Seremban, Mei lalu.

seremban court
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap anak teman wanitanya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap anak teman wanitanya pada Mei lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Surita Budin, menurut Sinar Harian.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan seks luar tabii terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan, pada 21 Mei lalu, lebih kurang 5 petang di sebuah rumah di Seremban.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan.

Pada tarikh dan lokasi sama juga dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Dia melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum sebatan.

Kes itu disebut semula selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi membuat pindaan terhadap kertas pertuduhan.

Tertuduh diwakili peguam Joseph Mathews.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 4 Disember depan untuk serahan laporan Obstetrik dan Ginekologi (O&G).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.