Rakyat Malaysia ditemui mati di Australia, dipercayai ditikam

Rakyat Malaysia ditemui mati di Australia, dipercayai ditikam

Media lapor seorang suspek didakwa di mahkamah pada Khamis atas tuduhan bunuh.

Leong Kum Chuan dilaporkan baru membeli sebuah rumah dan berpindah kira-kira enam bulan lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang rakyat Malaysia ditemui mati di blok sebuah pangsapuri di Melbourne, Australia pada Rabu lalu.

Harian Metro melaporkan Leong Kum Chuan, 29, seorang ahli farmasi yang berkhidmat dengan sebuah jabatan kesihatan di situ, dipercayai ditikam bertubi-tubi.

Difahamkan Leong baru membeli sebuah rumah di situ dan berpindah kira-kira enam bulan lalu.

Seorang suspek, Simon Hunter, 54, dikatakan seorang gelandangan yang menghidap skizofrenia, didakwa di mahkamah pada Khamis lalu atas tuduhan bunuh.

Bagaimanapun, prosiding ditangguhkan kerana suspek berada dalam emosi tidak stabil. Menurut peguam, suspek tidak mengambil ubat skizofrenia selama dua minggu.

Suspek dijangka akan menghadapi pertuduhan di mahkamah pada Januari.

Turut dilaporkan keluarga Leong tiba pada Khamis untuk bertemu polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.