Nurul Izzah gesa PKR Kelantan ganda usaha tambah ahli

Nurul Izzah gesa PKR Kelantan ganda usaha tambah ahli

Naib presiden PKR itu berkata parti itu sudah mula mendapat kepercayaan di Kelantan kerana teras prinsip keadilan kepada rakyat.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pada PRU lalu undi yang diperoleh PKR di Kelantan mula naik dan ini menunjukkan rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada parti berkenaan.
TANAH MERAH:
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti itu sudah mula mendapat kepercayaan di Kelantan kerana teras prinsip keadilan kepada rakyat.

“Kita lihat undi yang diberikan pada PRU lepas mula naik dan ini menunjukkan rakyat negeri ini memberi kepercayaan kepada kita,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Tanah Merah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan Mohamad Suparadi Md Noor berkata PKR Kelantan akan bekerja keras pada peringkat akar umbi bagi meningkatkan sokongan sekali gus mengubah landskap politik negeri ini.

“Kita mesti meramaikan anggota dan keahlian kerana tanpa jentera yang kuat, kita tidak mampu melakukan perubahan landskap politik di negeri ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.