2 beradik jatuh parit ditemui lemas

2 beradik jatuh parit ditemui lemas

Kejadian berlaku ketika mangsa bermain di kawasan parit dalam kejadian di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak semalam.

drowning lemas
Menurut polis, kedua-dua mangsa sebelum itu dihantar ke Hospital Tanjong Karang sebelum disahkan meninggal dunia akibat lemas. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Dua beradik ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain di kawasan itu, dalam kejadian di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, semalam.

Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian di Kampung Melaka itu pada 9.51 malam.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang bermain dan dipercayai terjatuh ke dalam parit.

“Mereka kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan pegawai perubatan mendapati kedua-duanya meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Azaharudin berkata, proses bedah siasat dijalankan dan punca kematian adalah disebabkan lemas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.