
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata tindakan segera untuk membantu guru dikenali sebagai Cikgu Din itu sedang diambil.
Ia juga akan mengadakan pertemuan dengan pendidik itu dalam masa terdekat untuk membincangkan kebajikan lain.
“KPM prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya.
“Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya.
“КРМ mendoakan kesembuhan isteri guru berkendan dan akan memastikan kebajikan dia dan keluarga terpelihara,” menurut kenyataan itu.
Kisah Cikgu Din tular di media sosial apabila diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser.
Menerusi hantaran akaun Harima Abd Rahman, Cikgu Din didakwa telah memohon pertukaran ke Semenanjung untuk bersama isterinya namun permohonan tersebut ditolak berkali-kali, sehingga beliau menghidap “Mental Depression Disorder”.