7 kawasan alami cuaca panas 3 hari

7 kawasan alami cuaca panas 3 hari

Ia melibatkan kawasan Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak, Gombak dan Petaling di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang.

MetMalaysia memaklumkan suhu maksimum harian di tujuh kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung.

Menurut hantaran di Facebook MetMalaysia, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak; Gombak dan Petaling di Selangor; Wilayah Persekutuan Putrajaya; serta Maran dan Temerloh di Pahang.

Kenyataan itu memaklumkan, suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut di kawasan tersebut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.