
Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata aktiviti penyelewengan dipercayai dijalankan kecil-kecilan sama ada secara individu.
Beliau tidak menolak kewujudan sindiket menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan bagi tujuan itu.
“Modus operandi mereka membuat pembelian menggunakan tong kecil dan ada beberapa kenderaan disyaki mempunyai tangki tambahan.
“Kawasan pengumpulan dikenal pasti adalah di kawasan kampung jauh daripada perhatian awam,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah risikan itu dibuat di enam stesen minyak berhampiran sempadan Kedah-Thailand.
Katanya, pihaknya juga berjaya menyita 1,300 liter petrol dianggar bernilai RM2,865, selain 4,200 liter diesel dianggar bernilai RM12,390.
“Turut disita dua kenderaan dan peralatan pemindahan minyak dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM37,015.”