Polis Kedah siasat video pertengkaran babit pegawai MB

Polis Kedah siasat video pertengkaran babit pegawai MB

Ketua Polis Kota Setar Siti Nor Salawati Saad berkata kedua-dua pihak sudah dipanggil untuk dirakam keterangan selepas laporan polis dibuat.

sanusi aide
Tangkap layar video tular menunjukkan pertengkaran yang membabitkan seorang lelaki dipercayai pegawai Menteri Besar Kedah Sanusi Nor.
PETALING JAYA:
Polis menyiasat satu video tular yang memaparkan pertengkaran yang membabitkan seorang lelaki yang dipercayai pegawai Menteri Besar Kedah Sanusi Nor pada malam Ahad lalu.

Ketua Polis Kota Setar Siti Nor Salawati Saad berkata polis menerima dua laporan membabitkan kejadian itu daripada dua lelaki berusia 48 dan 54 tahun, lapor Sinar Harian.

Katanya, kejadian berlaku pada jam 11.50 malam, Ahad lalu.

“Berdasarkan rakaman video tersebut mendapati beberapa individu bertengkar mulut dengan salah seorang duduk di tempat bahagian pemandu sebuah kenderaan dan beberapa individu lagi berada di luar kenderaan.

“Polis membuka kertas siasatan berasingan berdasarkan kejadian ini bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata, kedua-dua pihak dipanggil ke IPD Kota Setar untuk dirakam keterangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.