
Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mendedahkan ada rakyat dari republik itu yang bukan hanya datang untuk melancong tetapi berniaga dengan membuka restoran dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti bot.
Menurutnya, keadaan ini memberi kesan langsung kepada perniagaan tempatan yang semakin terhimpit.
“Saya menerima laporan daripada syarikat tempatan berhadapan dengan masalah, di mana mereka terpaksa bersaing dengan syarikat diwujudkan pelancong daripada China.
“Ini masyarakat Cina (mengadu) bukannya Melayu datang ke rumah saya minta bangkitkan di Parlimen, tentang perkara membimbangkan peniaga Cina di Semporna,” katanya pada perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Shafie juga meluahkan rasa kecewa apabila aduannya kepada pihak berkuasa belum mendapat perhatian sewajarnya, meskipun keadaan semakin meruncing.
Bekas ketua menteri Sabah itu juga meminta Putrajaya menyediakan lebih ramai pakar kesihatan di negeri itu terutama di daerah kecil seperti Semporna dan Keningau.
“Sekarang cuma ada di (antaranya) Kota Kinabalu dan Sandakan…keadaan ini amat membimbangkan Sabah,” katanya.