Lelaki amang seksual anak tiri dipenjara 5 tahun, 1 sebatan

Lelaki amang seksual anak tiri dipenjara 5 tahun, 1 sebatan

Tertuduh yang berusia 27 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya, 28 Sept lalu.

seremban court
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang
seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya berusia 14 tahun. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang
seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya berusia 14 tahun, September lalu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Surita Budin, lapor Harian Metro.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira 10 pagi, di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya, 28 Sept lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nurul Balkis sebelum itu memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal selain mengambil kira kepentingan mangsa yang masih bersekolah berbanding kepentingan tertuduh.

Tertuduh kemudiannya merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung seorang anak, isteri, tiga adik serta bapa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.