Mangsa banjir di Perak, Selangor menurun

Mangsa banjir di Perak, Selangor menurun

Bagaimanapun jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 109 orang mangsa.

Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan manakala di Kedah pula kekal dengan 30 keluarga masih berlindung di satu pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan kepada 573 mangsa berbanding 713 orang petang semalam.

Di Perak, portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah ialah 421 orang daripada 122 keluarga malam ini berbanding 553 pada sebelah petang.

Di Selangor, sejumlah 152 orang daripada 57 keluarga masih berada di empat PPS dalam dua daerah berbanding 160 petang tadi.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir kekal 109 mangsa daripada 30 keluarga yang masih berlindung di satu PPS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.