Warga emas maut daki Bukit Kledang

Warga emas maut daki Bukit Kledang

Mangsa sesak nafas pada ketinggian 800m.

Goon Swee Long, 71, kepenatan dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Lelaki warga emas maut selepas mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Kledang, Ipoh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden menimpa Goon Swee Long, 71, pada 4.24 petang sebelum tiba ke lokasi sembilan minit kemudian.

“Maklumat diterima mendapati mangsa pada awalnya telah mengalami kepenatan dan sesak nafas. Mangsa kemudian dilaporkan telah pengsan berhampiran jalan yang menghala ke stesen pemancar di kawasan berkenaan pada ketinggian 800m dari aras laut.

“Bertindak daripada keadaan itu, anggota bomba yang berada di lokasi telah memberikan rawatan awal, namun pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang hadir kemudiannya di lokasi sama telah mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.