
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bagaimanapun berkata belanjawan itu tidak akan disalurkan terus kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), sebaliknya diberikan kepada pihak terlibat seperti Majlis Sukan Negara (MSN) serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
“Dalam belanjawan kali ini, memang ada (pembangunan atlet para), cuma duit itu tidak disalurkan kepada MPM. Bagaimanapun, ia dibuat oleh kerajaan menerusi JBSN dan MSN.
“Kalau MPM nak buat (pembangunan atlet para), mereka kena cari dana sendiri dan tak boleh bergantung kepada kerajaan saja untuk keluar duit.
“Malah, kerajaan juga tak bagi duit kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) (untuk pembangunan atlet),” katanya semasa pelepasan Program Jalan Untuk Sihat 2KM dan Kempen Lawan Kanser di sini.
Terdahulu, Presiden MPM, Megat D Shahriman Zaharudin berharap KBS akan mempertimbangkan peruntukan RM15 juta kepada pihaknya.
Beliau berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada 25 persatuan sukan para kebangsaan untuk pembangunan atlet di luar program MSN, terutamanya di peringkat akar umbi.