Penyasaran subsidi RON95 dilaksana pertengahan tahun depan

Penyasaran subsidi RON95 dilaksana pertengahan tahun depan

Kerajaan komited mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

petrol fuel pump
Pada ketika ini, harga RON95 negara lebih murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura, serta Arab Saudi, menurut Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA:
Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan, menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, pada ketika kini, harga RON95 negara lebih murah berbanding negara jiran, iaitu Thailand (RM5.85), Indonesia (RM3.38), Singapura (RM9.02) dan Arab Saudi (RM2.66).

Harga yang rendah itu menyebabkan kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 pada 2023 mencecah 20 bilion ringgit.

Namun, katanya, kerajaan komited mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan menerusi penyasaran subsidi elektrik.

“Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan untuk 85% rakyat.

“Maknanya, kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggarkan berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85% rakyat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.