
Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan memberi penangguhan kepada untuk tempoh enam bulan kepada majikan mempunyai kurang lima pekerja bermula 1 Ogos.
“Kementerian Sumber Manusia akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.
“Umpamanya, gaji permulaan juruteknik industri dan pengeluaran RM2,290, jurutera mekanikal RM3,380 dan profesional pereka kandungan kreatif RM2,985,” katanya membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Menurutnya, peningkatan kadar gaji minimum itu membuktikan kerajaan sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat.
“Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa,” katanya.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan turut melaksanakan Dasar Gaji Progresif sebagai ikhtiar mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja.
“Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan.
“Dasar Gaji Progresif diperuntuk RM200 juta ringgit dan akan memanfaatkan 50,000 pekerja,” katanya.