Permohonan kewarganegaraan belum selesai diputuskan sebelum Okt 2025, kata menteri

Permohonan kewarganegaraan belum selesai diputuskan sebelum Okt 2025, kata menteri

Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya komited selesaikan permohonan itu selewat-lewatnya 17 Okt depan.

Saifuddin Nasution Ismail
Menurut Saifuddin Nasution Ismail, KDN telah memproses lebih 19,300 permohonan kewarganegaraan tahun ini, melepasi sasaran awalnya iaitu 17,000. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Semua permohonan kewarganegaraan yang belum selesai akan diputuskan selewat-lewatnya 17 Okt tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

“Komitmen KDN adalah 17 Okt tahun depan, semua permohonan yang belum selesai akan kita buat keputusan dibuat.

“Kita akan buka kitab baru,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata KDN telah memproses lebih 19,300 permohonan tahun ini, melepasi sasaran awalnya iaitu 17,000.

“Sehingga semalam, saya telah meluluskan 19,317 permohonan, dan jika kita masukkan jumlah tahun lepas jumlahnya 32,153 keputusan (permohonan kewarganegaraan) dibuat,” katanya.

Menurut Saifuddin lagi, 80% daripada kelulusan ini adalah untuk kes yang belum selesai selama lebih lima tahun.

Beliau berkata berkata SOP pengendalian kes rumit seperti anak luar nikah dan anak angkat turut dibuat.

“Kami kini telah memuktamadkan SOP untuk Seksyen 15A dan 19(1) (Perlembagaan Persekutuan), yang melibatkan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan naturalisasi.

“SOP ini akan memastikan proses itu telus dan pemohon diberitahu terlebih dahulu mengenai dokumen yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata tiada lagi masa menunggu untuk pemohon yang akan diberitahu lebih awal jika permohonan mereka ditolak.

“Dengan SOP baharu, pemohon akan mengetahui lebih awal jika dokumen mereka tidak lengkap, mengurangkan risiko penolakan selepas menunggu lama,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.