
Menurutnya, cuti tambahan itu bukan sahaja bermanfaat kepada komuniti beragama Hindu dan memberikan kemudahan kepada mereka yang meraikannya tetapi juga memberi peluang kepada semua rakyat untuk turut serta dan menghormati kepelbagaian budaya di negara ini.
“Deepavali merupakan perayaan yang penting bagi komuniti Hindu di Malaysia dan ia masa untuk keluarga, renungan diri serta perpaduan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
“Dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 1 Nov, kerajaan akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia berkumpul dan meraikannya bersama dalam suasana aman serta harmoni,” katanya dalam kenyataan.
Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Okt ini.
Murugiah turut menyeru agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan persekutuan mempertimbangkan permintaan itu demi kepentingan perpaduan nasional dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya negara.