Paip bocor IWK punca lubang benam di Pantai Jerejak

Paip bocor IWK punca lubang benam di Pantai Jerejak

Proses baik pulih dianggarkan mengambil masa seminggu, menurut Adun Pantai Jerejak Fahmi Zainol.

sinkhole pantai jerejak
Adun Pantai Jerejak Fahmi Zainol meninjau lokasi lubang benam muncul di Taman Sri Nibong hari ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Paip Indah Water Konsortium (IWK) yang bocor dikenal pasti sebagai punca lubang benam muncul di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak.

Adun Pantai Jerejak Fahmi Zainol berkata, paip bawah tanah yang bocor itu menyebabkan tanah terhakis dan lubang benam muncul.

“Pihak IWK akan menjalankan gerak kerja penyelenggaraan bagi menyelesaikan lubang benam ini. Kerja-kerja dianggarkan selama 1 minggu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

“Bagi pengguna jalan raya, sila guna laluan alternatif lain oleh kerana jalan ke Taman Sri Nibong melalui Krystal Point akan ditutup buat sementara waktu, termasuk laluan dari Taman Sri Nibong ke Krystal Point.”

Awal hari ini, tular di media sosial gambar sebuah bas sekolah yang tayarnya terperangkap di dalam lubang benam itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.