
Ketua Polis Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail, berkata arahan berpindah ke dewan serbaguna di Jalan E6 itu hanya dapat disampaikan kepada sebahagian penghuni kerana sebahagian besar lagi sudah keluar bekerja.
“Kita bagaimanapun menempatkan pegawai dan anggota untuk memaklumkan arahan tersebut supaya mengosongkan kediaman mereka untuk sementara waktu bagi tujuan keselamatan,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, pihak menerima maklumat insiden tanah runtuh pada 10.30 pagi tadi di persimpangan Jalan Serdang dan Jalan E6 Taman Melawati.
Menurutnya, tanah runtuh itu menyebabkan 20 rumah teres terputus laluan utama dan sebuah kereta diletakkan dalam rumah mengalami kerosakan setakat ini.
“Kerosakan turut melibatkan sebuah kabin pondok pengawal, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya sambil menambah pihak berkuasa berada di lokasi kejadian untuk mengawasi keadaan semasa.