
Sumbangan diserahkan kepada keluarga Khairil Anwar Jamaludin, ketika diziarahi Pengerusi PTPTN Norliza Abdul Rahim bersama Pengurus Besar Kanan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengarah Negeri Rohaida Deris di kediaman mereka, di Kampung Pandan Dalam, Ampang, Selangor hari ini.
Keluarga Khairil menerima khairat kematian berjumlah RM1,500 melalui skim perlindungan takaful berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN, dan surat pengesahan penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman bagi pengajian peringkat ijazah berjumlah RM7,092.51.
PTPTN turut menyerahkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berupa wang tunai berjumlah RM2,000 dan sumbangan kotak makanan.
“Kami di PTPTN ingin menyampaikan rasa simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham,” kata Norliza dalam kenyataan.
“Semoga dengan sumbangan ini, dapat memberikan sedikit kelegaan dan sokongan kepada waris Allahyarham dalam waktu yang sukar ini. Setiap sumbangan yang berikan adalah tanda keprihatinan PTPTN dan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik bagi keluarga yang terlibat.”
Khairil bersama dua penuntut maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran UiTM Kampus Dangun, pada 9 Okt lalu.
Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu bagi kesalahan membunuh orang, dan Seksyen 307(1) KK iaitu bagi mencuba membunuh orang.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan dia diarahkan untuk menjalani pemeriksaan dan pemerhatian mental selama sebulan di Hospital Permai Johor Bahru.
Dalam pada itu, PTPTN berkata ia akan terus komited dalam melaksanakan program CSR dan menjaga kebajikan peminjam.
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful berkelompok bertujuan untuk melindungi jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam untuk tempoh 24 jam sehari, dan meliputi seluruh dunia sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh, menurut kenyataan.
Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok ini, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada semua pinjaman akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful yang dilantik oleh PTPTN.
Bagi mana-mana peminjam yang telah meninggal dunia atau mengalami keilatan, penuntut perlu membuat tuntutan dengan melengkapkan borang permohonan tuntutan takaful yang boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.