Adik Zahid serah borang sertai PAS kepada Hadi

Adik Zahid serah borang sertai PAS kepada Hadi

Hakim Hamidi menganggotai Umno sebelum memohon menyertai PAS hari ini.

Abdul Hakim Hamidi menyerahkan borang pendaftaran keahlian kepada Hadi Awang di Pejabat Agung PAS Kuala Lumpur hari ini.
PETALING JAYA:
Abdul Hakim Hamidi, adik kepada Presiden Umno Zahid Hamidi hari ini memohon menyertai PAS yang borang keahliannya diserahkan kepada Presiden Hadi Awang.

Perkembangan itu diumumkan Ahli Parlimen Parit Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki yang juga Yang Dipertua PAS Bagan Datuk menerusi Facebook.

“Semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan pimpinan Umno yang cintakan perpaduan yang berlandaskan Islam,” katanya.

Dalam video disertakan dalam hantaran itu menunjukkan borang keahlian PAS Hakim diterima oleh Hadi di Pejabat Agung PAS Pusat.

Hakim Hamidi menganggotai Umno sebelum memohon menyertai PAS hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.