Polis siasat tipu pelaburan saham babit kerugian RM3.4 juta

Polis siasat tipu pelaburan saham babit kerugian RM3.4 juta

Siasatan polis mendapati suspek meminta mangsa menandatangani perjanjian kontrak 'palsu' atas nama syarikat ‘Dimensional’ dengan mendakwanya berdaftar dan beroperasi di Singapura.

hacker scammer
Hussein Omar Khan menasihatkan orang ramai diminta berwaspada dengan skim pelaburan dalam talian dan aplikasi.
PETALING JAYA:
Polis membuka kertas siasatan berhubung penipuan pelaburan saham ‘Online Dimensional Investment’ yang melibatkan kerugian RM3.47 juta.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata ini selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menerima laporan di Serdang berhubung penipuan pelaburan saham tidak wujud itu.

“Hasil siasatan mendapati modus operandi digunakan suspek untuk memperdaya mangsa dalam urusan pelaburan terbabit adalah melalui akaun ‘Pelaburan Saham QFII yang dipanggil L-Trader Max’.

Hussein Omar Khan.

“Suspek akan meminta mangsa menandatangani perjanjian kontrak atas nama syarikat ‘Dimensional’ dan meyakinkannya bahawa syarikat itu berdaftar dan beroperasi di Singapura,” katanya dalam kenyataan.

Hussein berkata namun siasatan mendapati perjanjian kontrak itu adalah palsu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diminta berwaspada dengan skim pelaburan dalam talian dan aplikasi.

“Sentiasa semak dan sahkan kewujudan pelaburan saham tersebut dengan agensi-agensi berkaitan terlebih dahulu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.