
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata wang pembayar cukai bukan hak mutlak mana-mana parti politik.
Ahli politik Bersatu itu menambah wakil rakyat Perikatan Nasional berkhidmat sekadar yang mampu, dalam keadaan peruntukan parlimen mereka ‘disekat’, menurut beliau.
“Adakah Lim berpandangan dana pembangunan hanya untuk kawasan mereka manakala kawasan-kawasan PN diketepikan?” katanya di Facebook.
“Adakah Pakatan Harapan dan DAP mahu anak tirikan Tasek Gelugor?”
Semalam, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa sejumlah RM1.4 juta daripada RM5.6 yang diperuntuk untuk kerja naik taraf jalan persekutuan dari Butterworth ke Kepala Batas telah ‘dirampas’ untuk disalur ke Parlimen Gelugor.
Beliau mendakwa ini kali kedua dana untuk Bagan disalurkan ke Tasek Gelugor.
Menjawab kenyataan itu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata ‘perkara kecil’ itu telah diselesaikan.
Lim bagaimanapun berkata beliau sedang menunggu penyelesaian muktamad, dan bersedia membawa perkara itu ke menteri kerja raya jika perlu.